Selasa, 31 Ogos 2010

PRESIDEN UPKO RAI ROMBONGAN MDKP DI KL


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok meraikan rombongan Majlis Daerah Kuala Penyu (MDKP) dalam satu jamuan makan malam di Hotel Shangrila, Kuala Lumpur sempena lawatan rombongan berkenaan melakukan lawatan sambil belajar ke ibu negara, baru-baru ini.

Rombongan MDKP terdiri daripada anggota-anggota majlis, kakitangan dan ketua-ketua jabatan kerajaan di Kuala Penyu diketuai oleh Pengerusi MDKP yang juga Pegawai Daerah, Edmund Teo.

Kelihatan dalam gambar bawah; Dompok yang juga Presiden Upko (kanan sekai) diiringi oleh Edmund (tengah), Naib Ketua Bahagian Upko Beaufort, Lokman Sunggim (kiri sekai) dan beberapa peserta rombongan lain termasuk Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sadi Haji Nasah, ketika menghadiri majlis tersebut.

Gambar atas; Dompok menyatakan sesuatu kepada Lokman mengenai kementeriannya sambil diperhatikan Pegawai Daerah Kuala Penyu, Edmund Teo, yang turut ingin tahu mengenai kementerian yang diterajui Dompok.

Pada majlis itu, Dompok banyak memberi penerangan berhubung fungsi dan peranan yang dimainkan oleh kementerian beliau serta jabatan dan agensi di bawahnya.

Ketika memberi ucapan ringkas selepas jamuan, menteri berkenaan mengalu-alukan lawatan sambil belajar oleh rombongan MDKP tersebut kerana menurutnya, ia akan memberi pengalaman dan pendedahan kepada peserta yang mungkin dapat membantu mereka menjalankan tugas dengan lebih baik dan melakukan perancangan demi kebaikan rakyat di Kuala Penyu.

"Saya harap saudara-saudari memperoleh sesuatu daripada lawatan ini sambil dapat melawat tempat-tempat menarik di sekitar ibu negara," katanya.

Dalam ucapan balas, Edmund mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Dompok yang meraikan rombongannya serta kesudiaan beliau meluangkan masa untuk bersama-sama dengan mereka walaupun menyedari bahawa sebagai menteri, beliau memang sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya.

Turut meraikan rombongan berkenaan dalam jamuan makan malam ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin di Adamson Hotel dan Menteri Sains, Teknlogi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili.

Bagaimanapun Ongkili tidak dapat hadir pada majlis jamuan yang beliau berikan di hotel penginapan rombongan tersebut disebabkan beliau berada di luar negara. Menteri berkenaan diwakili oleh Pegawai Khasnya, John Crysto Masabal pada majais itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan