Rabu, 1 Jun 2011

AZMAN RUSLAN DITAWAR JAWATAN BARU?

PERANAN BARU...Azman (dua dari kanan) bersalaman dengan Exco Pemuda Umno, Jamawi Jaafar sambil diperhatikan Khairy (tengah).

Penggantian Azman Haji Ruslan daripada jawatan Ketua Pemuda Umno Sabah baru-baru ini tidak lagi menjadi isu hangat apabila Ketua Pemuda Umno Pusat, Khairy Jamaluddin secara berterus-terang menjelaskan bahawa ia disebabkan perang dingin yang melibatkan kepimpinan Umno Sabah.

Menurutnya, ia juga merupakan proses biasa dalam parti dalam usaha memantapkan lagi pergerakan pemuda.

"Penukaran seumpama itu adalah biasa di mana pemimpin datang dan pergi," katanya.

Azman yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Keningau digantikan oleh Awang Kadin Tang yang sebelum ini merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Sabah.

Bagi meredakan apa yang berlaku, Khairy yang popular dengan panggilan KJ menyatakan bahawa Azman akan diberi peranan yang baru dalam pergerakan itu dan beliau mengesyorkan Ketua Pemuda Umno Keningau itu ke jawatan tersebut.

Katanya, prestasi Azman sebagai Ketua Pemuda Umno Sabah sebelum ini adalah cemerlang selain beliau tidak mempunyai rekod buruk.

KJ bagaimanapun tidak menyebut secara spesifik jawatan yang bakal diberikan kepada Azman namun adalah dipercayai beliau besar kemungkinan akan dilantik ke jawatan Exco Pemuda Umno Pusat.

Jika ini berlaku, ia sekurang-kurangnya dapat mengubati hati sesetengah pemimpin Pemuda Umno Sabah yang sebelum ini masih memihak terhadap kewibawaan Azman, seorang peguam dalam menerajui kepimpinan pemuda di negeri ini.

Sejauh mana perkara ini menjadi kenyataan, ia bergantung terhadap keputusan mutlak yang akan diambil KJ selaku Ketua Pemuda Umno Pusat.

1 ulasan:

  1. U tend to give me one but i ll also lose one and this is what we called `opportunity cost'..doesn't matter if only it'll take care of his future..but probably, it's better to aim for a win-win situation if only he's afford to get that portion..but need to remember..who's holding the ball..???

    BalasPadam