XCICO dan HIZAZ...mewakili pasukan TABS.
Mereka ialah Xsevier Xcico Felix, 16, belajar di Sekolah Sukan Malaysia Gambang, Pahang, Mohd Hizaz Lokman, 16, dan Radzee S.A Ramli, 15, (SMK Mutiara Impian, Sekolah Sukan Negeri Pulau Pinang), Shafiq Ichwan, 16, dan Nasip Zain, 15, (Sekolah Sukan Malaysia Tunku Ismail, Johor).
Pegawai skuad Liga Simpanan Sabah yang juga Ketua jurulatih TABS Safa Bandaraya, Matasan Ahmad, berkata kesemua mereka diberi pengkhususan latihan dan bimbingan dalam sukan bolasepak.
RADZEE...TABS (atas) dan SHAFIQ...TABS
Katanya, empat daripada pemain remaja berkenaan adalah dari Kota Kinabalu kecuali Nasip berasal dari Semporna.
"Keempat-empat pemain dari Kota Kinabalu itu sebelum ini digilap bakat mereka menerusi Program pembangunan bolasepak TABS Safa Bandaraya."
"Mereka ini juga diberi pendedahan mewakili pasukan TABS dalam beberapa kejohanan tempatan seperti Liga Remaja Kota Kinabalu, Piala Borneo dan kejohanan-kejohanan tempatan yang lain," ujar beliau.
Matasan yakin pemain-pemain muda terbabit sangat berpotensi dan mereka wajar diberi perhatian untuk mengembangkan lagi bakat mereka.
NASIP...asal Semporna.
"Kita dapati pemain-pemain muda ini berbakat besar dan mereka boleh pergi jauh sekiranya mendapat bimbingan dan latihan yang sempurna," katanya.
Apabila diberitahu mengenai kemasukan pemain-pemain muda berkenaan di beberapa sekolah sukan di Semenanjung, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan baru-baru ini kagum dengan pencapaian mereka itu.
Beliau maju supaya pemain-pemain remaja terbabit diberi perhatian wajar sebaik sahaja mereka menamatkan persekolahan.