Pemandangan pekan Kuala Penyu.
Kemudahan jeti yang terdapat di Pantai Sawangan, salah satu destinasi pelancongan di daerah Kuala Penyu.
Pulau Tiga bukan sahaja terkenal sebagai destinasi perlancongan menarik di daerah Kuala Penyu bahkan juga menyimpan banyak misteri masa lampau. (Ikuti dalam artikel berasingan di blog ini bertajuk Mandi lumpur di Survivor Island).
Mengikut cerita orang tua-tua, pada zaman dahulu terdapat sepohon lada padi yang ajaib di pulau tersebut. Batangnya sebesar pokok kelapa yang sudah berbuah. Jika ingin memetik buahnya anda terpaksa memanjat pokoknya.
Walau bagaimanapun tidak pula dapat dipastikan lokasi sebenar, tumbuhnya pokok tersebut di pulau tersebut.
Selain itu, terdapat juga cerita tentang kewujudan sebuah perigi ajaib di tepi pantai pulau tersebut. Namun demikian tidak semua orang dapat melihat pohon lada dan perigi ajaib berkenaan. Sesiapa yang berpeluang berkunjung ke Pulau Tiga semestinya jangan melepaskan peluang anda untuk bersiar-siar di seluruh kawasan pulau itu yang pernah dijadikan lokasi pengembaraan saluran televisyen barat "Survivor".
Selain itu, terdapat juga cerita tentang kewujudan sebuah perigi ajaib di tepi pantai pulau tersebut. Namun demikian tidak semua orang dapat melihat pohon lada dan perigi ajaib berkenaan. Sesiapa yang berpeluang berkunjung ke Pulau Tiga semestinya jangan melepaskan peluang anda untuk bersiar-siar di seluruh kawasan pulau itu yang pernah dijadikan lokasi pengembaraan saluran televisyen barat "Survivor".
Siapa tahu mungkin anda bernasib baik dapat melihat pohon lada atau pun perigi ajaib tersebut. Tetapi awas, jika anda gagal menemuinya jangan bersedih dan seandainya anda berjaya melihatnya itu boleh dianggap sebagai tuah diri anda sepanjang hayat.
Kisah Batu Nousung;
Mengikut cerita legenda, kononnya pada zaman dahulu kala di daerah ini, ada seorang wanita tua tinggal bersama seorang anak lelakinya. Dua beranak itu dikatakan dalam keadaan kehidupan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".
Apabila anak lelaki itu sudah meningkat dewasa maka mengembaralah ia seorang diri untuk mencari rezeki serta nafkah hidup. Selang beberapa tahun, ia dikatakan telah menjadi kaya kerana memperoleh daripada isterinya yang berasal daripada keluarga orang berada. Pemuda itu bersama isterinya serta pengikut-pengikutnya belayar dengan sebuah kapal.
Apabila ibunya mengetahui kepulangan anaknya dengan perasaan penuh gembira dan terharu ibunya menyambut kedatangan anak yang sangat dinanti-nantikan. Bagaimanapun alangkah terkejut si ibu apabila anaknya itu tidak mengakui bahawa ia adalah ibunya yang sebenar.
Dengan hati yang hancur luluh maka si ibu pun melakukan sumpahan kepada anaknya itu yang mengakibat dengan serta merta kapal yang dinaiki oleh anaknya bersama pengikut-pengikutnya secara tiba-tiba menjadi batu.
Batu yang menyerupai bentuk kapal itu masih dapat dilihat wujud di persisiran tanjung Pantai Sawangan tidak jauh dari pekan Kuala Penyu. Pantai Sawangan kini menjadi tempat perkelahan yang menarik dan sentiasa dikunjungi orang ramai terutama pada hujung minggu.
Di kawasan berkenaan turut disediakan pelbagai kemudahan termasuk rumah rehat bagi kemudahan penginapan pengunjung yang ingin bermalam di situ. Kawasan ini juga popular di kalangan pengunjung kerana sering dijadikan tapak sambutan bagi perayaan Pesta Rumbia, pesta yang menjadi kebanggaan masyarakat di daerah ini yang biasanya diadakan setiap pertengahan tahun.
Keistimewaan Pantai Sawangan yang menghadap Pulau Tiga, sebuah pulau yang mendapat jolokan survivor island di kalangan pelancong luar negara menjadikan daerah Kuala Penyu antara destinasi pelancongan yang menarik di Sabah.
Lagenda Batu Payau dan Batu Kuyuk;
Mengikut cerita pada zaman dahulu, seorang pemburu dikatakan sedang memburu rusa dengan menggunakan dua ekor anjing. Oleh kerana rusa itu berlari terlalu laju menyebabkan pemburu itu ketinggalan jauh di belakang. Binatang itu kemudiannya menuju ke laut dengan disusuli oleh anjing-anjing yang dibawanya ketika memburu itu.
Tidak lama selepas itu, maka pemburu tersebut tiba ke tempat di mana rusa itu berada. Pemburu berkenaan berasa terkejut apabila mendapati rusa dan anjing-anjing telah bertukar menjadi batu. Sehingga sekarang batu-batu berkenaan masih boleh dilihat di persisiran tanjung Pantai Sawangan.
Pemandangan dari dalam gua Batu Luang yang masih wujud sekarang.
Misteri isteri lesap di gua Batu Luang
Peristiwa ini dikatakan berlaku pada suatu ketika dahulu melibatkan pasangan pengantin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka di rumah pangantin perempuan. Setelah beberapa hari mereka menaiki pelamin, maka mereka dikatakan ingin pulang ke rumah pengantin lelaki atau disebut maya wagu mengikut bahasa suku kaum Kadazandusun Tatana.
Dengan diiringi oleh keluarga masing-masing, pasangan pengantin itu berangkat pada suatu pagi yang indah. Ketika mereka hampir di gua Batu Luang, tiba-tiba angin bertiup kencang dengan awan manjadi gelap dan diikuti oleh hujan yang turun dengan lebatnya.
Berikutan situasi yang tidak mengizinkan mereka meneruskan perjalanan itu, kedua mempelai tersebut pun bergegas untuk berlindung di dalam sebuah gua yang kini dikenali Gua Batu Luang.
Setelah hujan berhenti, mereka mula keluar dari gua tersebut. Pengantin lelaki dikatakan merupakan orang yang kedua terakhir keluar. Orang yang terakhir masih di dalam gua tersebut ialah isterinya.
Sebaik sahaja pengantin perempuan tersebut menghulurkan kedua tangannya untuk ditarik oleh suaminya, tiba-tiba tanah di dalam gua itu mendap dan runtuh. Si suami cuba menyelamatkan isterinya dengan segala kudrat namun wanita itu hanya mampu menghulurkan cincin perkahwinan mereka lalu lesap di telan bumi.
Sejauh mana kebenaran cerita ini sukar untuk dibuktikan namun yang nyata gua tersebut yang terletak di kawasan pantai Batu Luang masih wujud hingga ke hari ini.
Sejauh mana kebenaran cerita ini sukar untuk dibuktikan namun yang nyata gua tersebut yang terletak di kawasan pantai Batu Luang masih wujud hingga ke hari ini.
Pantai Batu Luang juga sering dikunjungi orang ramai termasuk pelancong asing sungguhpun pada ketika ini belum ada usaha pihak kerajaan untuk memajukannya sebagai kawasan peranginan dan perkelahan.
Ramai berpendapat jika ada usaha dilakukan pihak kerajaan untuk memajukan kawasan pantai berkenaan dengan menyediakan kemudahan yang sepatutnya, sudah pasti ia mampu menjadi tarikan kepada pengunjung termasuk pelancong asing.
Kawasan itu dianggap mempunyai keunikan tersendiri kerana cerita lagendanya dan ia boleh dihubungi dengan menggunakan laluan darat memandangkan kemudahan jalan raya yang baik menjadi perhubungan utama ke sana. Ia sangat berpotensi dimajukan sebagai destinasi pelancongan dan ketika ini pun terdapat pelancong dari luar negara yang bercuti di resort berhampiran begitu menggemari keadaan pantainya untuk bersantai.
Kawasan itu dianggap mempunyai keunikan tersendiri kerana cerita lagendanya dan ia boleh dihubungi dengan menggunakan laluan darat memandangkan kemudahan jalan raya yang baik menjadi perhubungan utama ke sana. Ia sangat berpotensi dimajukan sebagai destinasi pelancongan dan ketika ini pun terdapat pelancong dari luar negara yang bercuti di resort berhampiran begitu menggemari keadaan pantainya untuk bersantai.
ombo gambar no batu luang?
BalasPadamAroh sinoh pinsuang do artikel.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamjust went there yesterday. the place is nice but as said, there is no development. just wishing our local authority will develop the place. it has value for tourist attraction.
BalasPadamCerita-cerita lagenda ini sangat bagus. Alangkah baiknya kalau penulis dapat memperincikan lagi ceritanya.
BalasPadamKlu blh perincikan lgi cerita ini biar lebih mantap.. dan lbih rmai yg mengetahui..
BalasPadam