TV3 turut menyiarkan penafian Lajim dalam Buletin Utama.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri
Lajim Ukin menafikan dakwaan yang beliau mahu meninggalkan Umno.
Sambil menyifatkan
dakwaan tersebut hanya spekulasi, beliau yang juga Anggota Parlimen Beaufort
dan Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata tidak pernah sekali beliau
mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian dan berpendapat isu tersebut sengaja
dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya tidak
pernah membuat kenyataan yang saya akan tinggalkan Barisan Nasional. Ini cuma
andaian kerana apabila saya bercakap seolah-olah macam pembangkang,” katanya.
Lajim menambah
mungkin disebabkan kelantangannya menyuarakan masalah rakyat Sabah kebelakangan
ini mendorong spekulasi sedemikian tercetus.
"Saya hanya bawa
suara orang Sabah. Rakyat Sabah mahukan penambahbaikan," katanya.
Ketua Umno Bahagian
Beaufort itu juga berkata, apabila dirinya lantang bersuara tidak semestinya
menunjukkan yang beliau mahu meninggalkan parti dan menyertai pembangkang.
Beliau bagaimanapun
tidak menafikan bertemu dengan pemimpin-pemimpin pembangkang namun
menyifatkannya sebagai sekadar perjumpaan 'minum kopi'.
Terdapat spekulasi menyebut bahawa Lajim dan Anggota Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing akan mengumumkan menyertai parti pembangkang pada 10 Jun lepas, yang secara kebetulan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Kota Kinabalu pada ketika itu.
Namun begitu perkara itu tidak menjadi kenyataan apabila
tiada apa-apa yang berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan