HARGAI JASA...Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin baru-baru ini melawat bekas Setiausaha Umno Bahagian Beaufort, Okal Abdul (kiri sekali) yang menjalani pemeriksaan haemodelisis di sebuah hospital di Kota Kinabalu.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Anggota Parlimen Beaufort itu ditemani beberapa pemimpin bahagian semasa lawatan itu sebagai menghargai jasa dan sumbangan Okal, bekas guru dan Pegawai Pendidikan, yang sebelum ini antara pemimpin yang mempunyai pengaruh terhadap masyarakat d daerah kelahirannya, Kuala Penyu.
Ketika masih aktif dalam kepimpinan bahagian parti, Okal pernah disebut-sebut untuk menjadi calon di Kuala Penyu walaupun akhirnya ia tidak menjadi kenyataan.
Namun penampilan diri yang baik dan pendekatan yang sederhana, Okal sememangnya seorang pemimpin BN yang disenangi dan mudah didekati di era kegemilangan beliau dan sewajarnyaah ia perlu dikenang dan dihargai oleh pemimpin yang ada sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan