Sebanyak lapan pasukan
mengesah penyertaan dalam Kejohanan Bolasepak Piala Borneo bagi kategori bawah
13 yang akan berlangsung di Kota Kinabalu di sini pada 3-5 Oktober ini.
Pasukan itu terdiri dari
TABS (Safa Bandaraya Kota Kinabalu), Thailand B, ATFA Queensland, St George FA Sydney (Australia), SK Likas,
DPM Sports School KK, Jerudong International School dari Brunei dan Papar Sport
Centre.
TABS disenaraikan dalam
Kumpulan A bersama-sama dengan pasukan Thailand B, ATFA Queensland dari
Australia dan Papar Sport Centre manakala Kumpulan B terdiri dari juara
bertahan SK Likas, St George FA Sydney, Jerudong International School dan DPM
Sports School.
Barisan pemain TABS bersama jurulatih mereka Hassan Madisah (kiri sekali).
Mengikut jadual
perlawanan yang dikeluarkan Borneo Sports & Adventure Holidays selaku
penganjur kejohanan, Thailand B akan menentang ATFA Queensland pada perlawanan
pembukaan di Stadium Likas pada 3 Oktober ini jam 9 pagi.
Perlawanan kedua TABS
akan menghadapi Papar Sport Centre, diikuti ST George FA menentang Jerudong
International School dan SK Likas akan melawan DPM Sports School.
Pada hari kedua,
perlawanan akan diadakan di Stadium Penampang manakala perlawanan akhir akan
berlangsung di Stadium UMS.
Penyandang juara SK
Likas ketika ini melakukan persiapan rapi untuk menghadapi kejohanan itu
walaupun mungkin terpaksa berhadapan dengan pasukan-pasukan baru yang lebih
mencabar kali ini.
TABS di bawah bimbingan
jurulatih Hassan Madisah turut mempersiapkan pasukannya dengan melakukan
latihan intensif kepada pemain-pemain setiap hujung minggu dengan dibantu
jurulatih Ismail Todiki.
"Kami berusaha
untuk membentuk kombinasi terbaik dalam pasukan kerana selain menghadapi Piala
Borneo, pasukan kami juga akan mewakili Pantai Barat dalam Kejohanan antara zon
bawah 13 tahun," katanya.
Menurutnya, jika semua
berjalan lancar, pasukannya mampu menghadapi saingan lawan dalam kedua-dua
kejohanan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan