Fredolin (tiga dari kanan) bersama Halik (kiri sekali) dan Lokman (kanan sekali) pada majlis Bicara Semasa membabitkan penduduk Kg. Sawangan dan Kiaru.
KUALA PENYU: Penduduk kampung diminta memberi sokongan terhadap sebarang program yang dijalankan jabatan dan agensi kerajaan di tempat masing-masing.
Timbalan Ketua Bahagian Upko Beaufort, Fredolin Penggo, berkata program-program tersebut diadakan sudah tentu memberi manfaat kepada mereka dan kerjasama mereka diperlukan untuk menjayakannya.
Katanya, penduduk seharusnya turut serta bersama-sama
menjayakan sebagai penghargaan kerana ada pihak sanggup mengadakan program di
tempat mereka.
Beliau yang juga Bendahari Barisan Nasional Bahagian
Beaufort menyatakan demikian pada majlis Bicara Semasa anjuran KEMAS daerah
Beaufort membabitkan penduduk Kampung Sawangan dan Kiaru di Pantai Sawangan di
sini, baru-baru ini.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pegawai KEMAS
daerah Beaufort, Halik Udeh, Naib Ketua Bahagian Upko Beaufort, Lokman Sunggim,
Ketua Penerangan Upko Beaufort, Jafari Kunin dan Pengerusi JKKK, Kimloo Jungin.
Sebahagian penduduk yang hadir.
Fredolin berkata, sambutan baik penduduk kedua-dua kampung
terlibat dalam program tersebut membuktikan rakyat menghargai usaha-usaha yang
dijalankan oleh kerajaan.
“Syabas kepada KEMAS daerah Beaufort kerana mengadakan
program ini di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu dan kita
berterima kasih kepada semua penduduk yang hadir menjayakannya,” ujar beliau.
Beliau menambah dengan adanya program sedemikian
membolehkan agensi kerajaan menghebahkan maklumat kepada rakyat dan pada masa
yang sama rakyat dapat mengetahui perkembangan yang dijalankan kerajaan.
“Info dan maklumat yang tepat penting untuk rakyat supaya
mereka tidak keliru dengan isu dan keadaan semasa,” tegasnya.
Fredolin menyampaikan hadiah kepada pemenang kanak-kanak bagi salah satu acara yang dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan