...jurulatih Sabah turut kagum dengan potensi pemain remaja
Utusan Borneo.
Harian Metro.
Daily Express.
Media
massa terutama akhbar memberi liputan meluas terhadap kejayaan pasukan TABS
Safa Bandaraya ketika menjuarai Kejohanan Piala Borneo bawah umur 16 (B16)
musim 2016 di Stadium Penampang di sini, baru-baru ini.Perhatian media bukan sahaja dari akhbar tempatan malah akhbar harian di Semenanjung seperti Harian Metro turut memberi liputan yang serupa.
Semua ini mencerminkan bahawa pasukan remaja TABS itu sangat berpotensi yang seharusnya pihak pengurusan bola sepak di Sabah tidak mengabaikannya.
Bagi pasukan TABS Safa Bandaraya sendiri, kejayaan itu sangat berbaloi dengan keazaman tinggi dan komitmen jurulatih dan semua pemain untuk menjulang kejuaraan piala itu yang mereka idamkan selama ini.
Selepas berusaha untuk menduduki naib juara tahun lalu, pasukan ini tidak lagi ingin kehampaan sebaliknya mahu membuktikan mereka pasukan terbaik bagi kategori itu tahun ini.
Semangat itu akhirnya mereka terjemah menjadi realiti apabila pasukan tersebut membenamkan pencabar tradisi, DPM (Sekolah Sukan Negeri Sabah) 2-0 pada perlawanan akhir sekali gus tampil untuk menjulang piala tersebut.
TABS yang mengekalkan rekod tanpa kalah di peringkat liga kumpulan mendahului lawan 1-0 pada separuh masa pertama melalui Radzee Ramlye dan menambah satu lagi gol menerusi Javier Dimis di saingan babak kedua. Sebelum itu, di saingan peringkat liga kumpulan, TABS juga menundukkan DPM 2-0, kedua-dua gol hasil jaringan ketua pasukan, Hizaz Lokman.
Pasukan Jubilo FC menduduki tempat ketiga menewaskan Ipigasa United dari Filipina 1-0 melalui sepakan penalti sudden death dalam perlawanan penentuan sebelum itu.
Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam permainan masa penuh.
Laporan New Sabah Times.
Ketika
mengulas kejayaan itu, Pengurus pasukan TABS, Lokman Sunggim, berkata, “harapan
pasukan untuk menjuarai kejohanan itu kali ini menjadi kenyataan hasil komitmen
dan kesungguhan pemain-pemain melakukan persiapan dan ketika beraksi di padang.”Katanya, tahun lalu mereka menduduki naib juara dan tahun ini pasukannya lebih bersedia dan berbekalkan semangat itu membolehkan mereka mencapai kejayaan.
Menurut beliau, persiapan pasukan lebih rapi kali ini di bawah jurulatih Roslan Wasli dan turut dipantau oleh ketua jurulatih, Matasan Ahmad.
“Kami memberi tumpuan dan penekanan kepada latihan dan keyakinan pemain dan ini akhirnya membuahkan hasil kepada pasukan,” katanya.
Lokman yang juga Timbalan Pengerusi TABS Safa Bandaraya berpuas hati dengan pencapaian pasukan dalam kategori lain di mana pasukan TABS B15 menduduki naib juara, pasukan B14 juga menduduki naib juara selain pasukan B12 memenangi tempat keempat dalam kategori umur masing-masing.
Katanya, saingan pasukan-pasukan dari luar negara, yang mengambil bahagian dalam Piala Borneo tahun ini sangat mencabar terutama pasukan dari Australia, Filipina, India, Indonesia selain pasukan tempatan yang semakin meningkat, lebih-lebih lagi dengan kehadiran pasukan Sekolah Sukan Sabah dan pasukan di bawah Program Pembangunan Bola sepak Negara (NFDP).
“Secara keseluruhan kami berpuas hati dengan pencapaian pasukan TABS sepanjang kejohanan kali ini,” katanya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada empat pemain pasukan B16, Mohd
Hizaz Lokman (penyerang), Mohd Farhan Abd Aziz, Muhd Paisal (pertahanan) dan
Mohd Zahid Abd Rashid (penjaga gol) kerana disenaraikan mewakili pasukan senior
Kota Kinabalu bagi menghadapi Liga Bolasepak Rakyat (LBR) Zon Borneo 1 yang
bermula awal bulan ini.
Tambahnya, pemain remaja terbabit berpotensi untuk dipilih dalam pasukan Belia B19 Sabah musim hadapan.
Dalam perkembangan berkaitan, jurulatih skuad Liga Malaysia Sabah, Johnny Dominicus tertarik dan memberi reaksi positif terhadap penampilan pemain remaja terbabit ketika menyaksikan mereka menjalani latihan pusat bersama pasukan Kota Kinabalu di Kompleks Sukan Likas.
“Mereka ini bagus dan muda…bagi saya mereka sangat berpotensi untuk terus dikembangkan bakat mereka,” kata Johnny.
Tambahnya, pemain remaja terbabit berpotensi untuk dipilih dalam pasukan Belia B19 Sabah musim hadapan.
Dalam perkembangan berkaitan, jurulatih skuad Liga Malaysia Sabah, Johnny Dominicus tertarik dan memberi reaksi positif terhadap penampilan pemain remaja terbabit ketika menyaksikan mereka menjalani latihan pusat bersama pasukan Kota Kinabalu di Kompleks Sukan Likas.
“Mereka ini bagus dan muda…bagi saya mereka sangat berpotensi untuk terus dikembangkan bakat mereka,” kata Johnny.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan