Barisan Nasional (BN) Sabah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa diadakan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Musa Aman (gambar).
Beliau berkata, BN sedang bekerja dan sentiasa melakukan persiapan setiap masa sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya sama ada ia diadakan esok atau bila-bila sahaja.
"Senarai calon kita juga telah tersedia dan tidak ada masalah bagi BN jika pilihan raya diadakan sekarang," katanya di Wisma Innoprise di sini.
Ditanya sama ada BN sudah menunaikan semua janji kepada rakyat pada pilihan raya lalu, Musa yang juga Ketua Menteri, berkata BN sentiasa berorientasikan tindakan dan sebahagian besar janji sudah pun dilaksanakan.
"Kita telah bekerja dan akan terus bekerja untuk rakyat bagi memenuhi janji," katanya.
Sebagi contoh, kata beliau, kerajaan BN telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani masalah kemiskinan dengan melaksanakan beberapa program bagi tujuan itu.
"Kita telah menyediakan pekerjaan kepada mereka yang tidak ada kerja, kita membina rumah kepada mereka yang tidak memiliki rumah dan kita juga memberikan tanah kepada mereka yang tidak mempunyai tanah," tegasnya.
Ketua Menteri berkata, kerjasama rapat di kalangan para pegawai dalam kementerian yang berkenaan dan kerajaan membolehkan pelaksanaan program pembasmian kemisikinan berjalan dengan licin dan lancar yang memberi manfaat kepada rakyat.
"Ini tidak dapat dinafikan walaupun pelaksanaan beberapa program dan janji akan mengambil masa dan mungkin tidak secara serta-merta," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan