VINICIUS...pemain dari Brazil.
Sabah masih memburu pemain penyerang untuk disenaraikan dalam pasukan bagi menghadapi Liga Perdana musim 2019 yang akan bermula bulan hadapan.Penyerang import dari Molova, Petru Leuca yang diuji jurulatih Jelius Ating melalui perlawanan persahabatan dengan kelab Stallion FC di Manila selasa lepas mungkin terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan.
Meskipun penyerang berusia 27 tahun ini berjaya menjaringkan satu gol untuk membantu Sabah mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas Stallion FC namun kecederaan yang dialaminya memaksa Sabah mencari pemain penyerang yang lain.
Ekoran perkembangan itu, Jelius (gambar bawah) dijangka akan meneruskan usaha pencarian pemain penyerang yang sesuai untuk disenaraikan dalam pasukan.
Menurut laporan media tempatan, jurulatih itu dijangka akan menguji seorang lagi penyerang dari Brazil, Vinicius Calamari, 30, yang akan menyertai Sabah pada khamis dalam satu lagi perlawanan persahabatan menentang Kaya FC, naib juara Liga Bolasepak Filipina musim lepas.
Bersama Calamari beraksi dalam perlawanan persahabatan kedua di Carmona, Cavite, Filipina itu ialah pemain dari Korea Selatan, Park Tae Su yang juga bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Stallion FC dua hari lepas.
Jelius berharap kedua-dua pemain tersebut dapat menunjukkan prestasi sebenar mereka dalam perlawanan berkenaan, lebih-lebih lagi perlawanan persahabatan kedua ini lebih mencabar berbanding perlawanan sebelum ini.
Sabah akan memulakan kempen Liga Perdana 2019 dengan menghadapi JDT II di Stadium Likas pada 2 Februari ini, jam 8.15 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan