Justin memberi kata-kata semangat kepada pemain dalam perlawanan dengan pasukan Tuaran.
Jurulatih skuad Piala Presiden Sabah, Justin Ganai semakin hampir memperoleh senarai pemain yang akan membarisi kesebelasan utama pasukan bagi menghadapi saingan Piala Presiden 2019 yang dijadual bermula pada 21 Februari ini.
Berpandukan ujian menerusi beberapa perlawanan persahabatan yang diadakan, Justin yang pernah menggendalikan skuad senior Sabah sebelum ini sudah dapat bayangan pemain-pemain terbaik yang beliau perlukan bagi menggalas cabaran pasukan.

Beliau mungkin hanya memerlukan satu atau dua perlawanan persahabatan sahaja lagi sebelum memuktamadkan kesebelasan utama yang bakal diturunkan menentang pasukan Perlis ketika membuka tirai kempen Piala Presiden musim ini di Stadium Likas minggu hadapan.
Jika diukur daripada lima perlawanan persahabatan yang sudah diadakan sebelum ini, jurulatih itu sebenarnya sudah mempunyai senarai pemain ditangannya yang bakal diturunkan dalam perlawanan pertama di halaman sendiri itu.
Secara kebetulan pasukan bimbingannya itu telah berjaya memenangi kelima-lima perlawanan persahabatan dengan terakhir meraih kemenangan besar 9-0 ke atas pasukan Tuaran di padang Sintetik Kompleks Sukan Likas, petang kelmarin.
Mereka mendahului lawan 4-0 pada separuh masa pertama sebelum terus mengasak dengan menghasilkan lima gol lagi di babak separuh masa kedua.
Barisan skuad Piala Presiden dalam perlawanan dengan Tuaran.
Dalam perlawanan menentang pasukan Kota Belud di padang SUKMA pada Khamis, pasukan kendalian Justin itu membelasah pasukan pelawat juga 9-0.
Pasukan junior dengan maskot baharu,Tambadau itu menjaringkan lima gol di separuh masa pertama dan terus mengasak dengan menambah empat gol lagi di saingan babak kedua.
Selasa lepas, skuad Piala Presiden turut menewaskan pasukan KDM Kota Marudu 2-0 juga di padang SUKMA.
Selasa lepas, skuad Piala Presiden turut menewaskan pasukan KDM Kota Marudu 2-0 juga di padang SUKMA.
Sebelum ini, dalam perlawanan persahabatan serupa, skuad Piala Presiden itu juga mengalahkan pasukan JKR 8-0 dan menewaskan skuad Piala Belia Sabah 3-1.
Asakan pemain-pemain skuad Piala Presiden ke gawang lawan.
Melalui perlawanan-perlawawan persahabatan tersebut sekurang-kurangnya Justin bersama penolongnya Johnny Dominicus sudah memiliki skuad terbaik yang mampu dicaturkan dalam saingan Piala Presiden musim ini terutama bagi menghadapi pasukan Perlis dalam perlawanan pertama Kumpulan A di Stadium Likas.
Selang empat hari kemudian, Sabah akan melayan pula kunjungan Pahang di Stadium Likas sebelum mereka beraksi di luar menghadapi UITM FC di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor pada 28 Februari ini.
Untuk rekod, Sabah berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala Presiden musim lalu dan memenangi pingat gangsa Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak tahun lalu.
Untuk rekod, Sabah berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala Presiden musim lalu dan memenangi pingat gangsa Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan