Parti Bersatu Sabah (PBS) menyifatkan Pengerusi Star
Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar) sebagai seorang yang sangat terdesak lantas
nekad melakukan apa sahaja untuk memenuhi impiannya menjadi Ketua Menteri.
Naib Presiden parti itu, Datuk Radin Malleh, berkata
Jeffrey berani mengeluarkan kenyataan yang tidak wajar mengenai abangnya, Tan
Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS dan ini menggambarkan beliau (Jeffrey)
seorang “desperado”.
Sambil mengesali tindakan Pengerusi Star Sabah itu, kata
Radin, Jeffrey tidak berterima kasih dengan Pairin kerana jika bukan abangnya
itu, beliau tidak akan menjadi Pengarah Eksekutif Yayasan Sabah selain menjadi
wakil rakyat sebelum ini.
“Apa yang beliau lakukan lebih mendatangkan keburukan
daripada kebaikan kerana beliau melakukan semata-mata untuk kepentingan
peribadi dengan berselindung disebalik kepentingan negeri dan bukan untuk
Malaysia.”
“Justeru, tindakannya itu sudah pasti akan memakan
dirinya sendiri kerana beliau akan ketulahan
kepada abangnya yang juga Huguon Siou,”
tegasnya.
Jeffrey baru-baru ini dilaporkan mendakwa bahawa Pairin
mereka cerita dan mengarut (mogunsamang) dalam cubaan mengekalkan sokongan
pengundi di Keningau dan Tambunan.
Beliau juga mendakwa abangnya yang juga Timbalan Ketua
Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur bekerja keras untuk menarik
hati bos-bosnya dalam Barisan Nasional (BN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan