MUSA...tidak jejaskan BN.
KINABATANGAN, (Sabah): Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyifatkan tindakan pemimpin yang keluar dari parti dalam komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini sebagai mempunyai agenda sendiri.
"Mungkin
mereka ada agenda sendiri dan ia adalah hak masing-masing. Kalau ada yang tidak
sudi bersama kita dalam BN, kita biarkan saja si luncai terjun dengan
labunya," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama Umno
Zon 5 di sini pada Ahad.
Umno
Zon 5 membabitkan Umno Bahagian Kinabatangan, Beluran, Libaran, Batu Sapi dan
Sandakan.
Musa,
yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata beliau akur dengan
permintaan pemimpin terbabit untuk tidak lagi bersama dalam BN.
Katanya
tindakan pemimpin terbabit tidak menjejaskan BN Sabah terutama dalam menghadapi
pilihan raya umum akan datang.
Ini
kerana, beliau yakin BN Sabah berada pada landasan yang betul dalam
perjuangannya terutama untuk membela rakyat dan membawa pembangunan di negeri
ini.
Katanya
ini dilakukan oleh kerajaan melalui pelaksanaan beberapa program untuk
meringankan beban rakyat, antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia yang memberi
banyak manfaat kepada penerima.
Musa
berkata kerajaan ikhlas dalam perjuangan membela rakyat terutama dalam
mengotakan janji yang diberi kepada rakyat.
Baru-baru
ini, Anggota Parlimen Beaufort Datuk Lajim Ukin melepaskan semua jawatannya
dalam Umno serta BN dan Anggota Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing juga
berbuat demikian dengan melepaskan jawatannya dalam parti Pertubuhan
Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko).-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan