Mohd Hizaz (jersi hijau) menjaringkan empat gol ketika beraksi dalam perlawanan itu.
KOTA KINABALU: Bekas
penyerang Mykids Soccer Sabah, Mohd Hizaz Lokman meledakkan empat gol untuk
membantu pasukan bawah 13 tahun Safa Bandaraya Kota Kinabalu menumpaskan
pasukan bawah 13 Safa Papar 5-2 dalam perlawanan bola sepak persahabatan
di padang C Kompleks Sukan Likas di sini, Rabu lepas.
Safa Bandaraya
mendahului pasukan pelawat 3-1 pada babak separuh masa pertama menerusi
jaringan Mohd Hizaz Lokman (dua gol) dan satu gol lagi dihasilkan Mohd Aiman
Azahari.
Gol Safa Papar diperoleh
menerusi Kurnia Izzudin.
Safa Bandaraya yang
turut diperkuatkan pemain bawah 13 tahun skuad negara, Xsavier Xcico Felix membantu pasukan tuan rumah meneruskan gandingan berkesan pada
saingan separuh masa kedua.
Ini membolehkan
penyerang Mohd Hizaz terus beraksi cemerlang dengan menambah jaringan bagi
melengkapkan hatriknya serta menghasilkan gol kelima buat pasukan tuan rumah.
Pemain Safa Papar,
Kurnia pula menyumbang satu gol lagi bagi pasukannya, gol kedua peribadi
pada minit-minit akhir permainan.
Barisan pemain kedua-dua pasukan bergambar sebagai kenangan sebelum perlawanan.
Jurulatih skuad bawah 13
Safa Bandaraya, Michael Wong, berkata perlawanan itu sebagai persiapan
pasukannya menghadapi Kejohanan bolasepak bawah 13 Zon Pantai Barat yang
berlangsung di Tuaran pada 22 Ogos ini dan Piala Borneo di Kota Kinabalu tidak
lama lagi.
Mengenai kejohanan di
Tuaran itu, katanya, Safa Bandaraya akan berentap dengan pasukan dari Kota
Belud dan Tuaran.
"Pasukan yang akan
menjuarai kejohanan ini nanti akan mewakili Pantai Barat ke kejohanan antara
zon," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan