BINCANG...Alijus (tengah) memaklumkan pengunduran Amrullah pada mesyuarat TABS Safa Bandaraya. Turut kelihatan Timbalan pengerusi II TABS, Lokman Sunggim (kanan sekali) dan Naib pengerusi yang juga ketua jurulatih TABS, Matasan Ahmad (dua dari kiri).
KOTA KINABALU: Pengerusi Tunas Asas Bolasepak (TABS) Safa Bandaraya, Haji Amrullah Kamal melepaskan jawatannya itu secara sukarela berikutan komitmen tugas jabatan dan keputusan itu diterima ahli jawatankuasa badan itu pada mesyuaratnya, Sabtu lepas.
Mesyuarat
itu yang dipengerusikan Presiden Safa Bandaraya, Alijus Haji Sipil menyampaikan
penghargaan dan terima kasih kepada Amrullah atas sumbangan dan khidmatnya
menerajui TABS selama lima tahun.
Berikutan
pengunduran Amrullah, Alijus akan mengambil alih tanggungjawab sebagai
Pengerusi TABS yang baru berkuatkuasa serta merta sehingga pemilihan baru
dibuat.
Manakala
kedudukan ahli-ahli jawatankuasa TABS yang lain tiada perubahan.
Keputusan
tersebut dipersetujui sebulat suara ahli-ahli jawatankuasa TABS pada mesyuarat
berkenaan.
Alijus
memberitahu bahawa semua program TABS yang sedang berjalan akan diteruskan
seperti biasa di samping turut merancang aktiviti-aktiviti lain dalam usaha
memantapkan lagi program pembangunan bolasepak akar umbi dari semasa ke semasa.
"Selain
sesi latihan kepada pelatih yang berdaftar dengan TABS setiap hujung minggu
yakni Sabtu dan Ahad, kita juga akan terus mengenal pasti bakat-bakat baru yang
boleh diketengahkan dalam pasukan serta menghantar pasukan untuk menyertai
mana-mana kejohanan bolasepak di luar," katanya.
Menurut
beliau, satu majlis pelancaran program pembangunan bolasepak TABS atas tajaan
CIMB Foundations dijangka dilakukan di Stadium Likas di sini pada akhir Januari
tahun hadapan.
Katanya,
program tersebut sedang berjalan dengan baik pada waktu ini dan berharap
institusi kewangan itu akan terus memberi sokongan kepada TABS bagi menjayakan
program pembangunan akar umbi itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan