Jurulatih Jelius Ating menyatakan sesuatu kepada Gil Hoon (kiri) dan Jaenyong dalam sesi ujian pemilihan.
Skuad Liga Perdana Sabah masih belum memutuskan pemain penyerang import baru kerana masih mencari pemain terbaik untuk memainkan peranan di posisi berkenaan.
Walaupun terdapat beberapa pemain penyerang import hadir menyertai sesi ujian pemilihan baru-baru ini namun prestasi mereka belum dapat menyakinkan sepenuhnya pihak pengurusan SAFA.
Timbalan Presiden 2 SAFA, Datuk Lawrence Gimbang berkata, sehingga ini penyerang import baru belum lagi diputuskan.
Katanya, sesi ujian pemilihan bagi mencari penyerang import yang sesuai akan diteruskan pada 1 Jun ini.
Gil Hoon.
Setakat ini, Sabah hanya mengikat kontrak dua pemain dari Korea Selatan, Heo Jaenyong, 25, dan Lee Gil Hoon, 34, apabila jendela perpindahan pemain dalam Liga Malaysia dibuka pada 15 Mei lepas.Kedua-dua pemain berkenaan mengikat kontrak selama setahun.
Jaenyong yang sebelum ini beraksi dengan sebuah kelab di Thailand, Muang Thong United boleh bermain di posisi tengah dan pertahanan manakala Gil Hoon, bekas pemain import Pulau Pinang bermain sebagai attacking midfielder.
Kedua-dua pemain import baru itu dijangka akan beraksi dalam perlawanan pusingan kedua Liga Perdana menentang Kuantan FA di Pahang pada rabu ini (24 Mei).
Jaenyong (gambar atas) dijangka menjadi sandaran jurulatih Jelius Ating untuk mengemudikan benteng pertahanan berikutan ketiadaan pemain import dari Croatia, Igor Cerina yang mengalami kecederaan teruk dan dijangka mengambil masa lama untuk kembali beraksi.
Pemain tengah import dari Jepun, Masaya Jitozono pula difahamkan telah meminta untuk dilepaskan awal dari kontrak asalnya dengan SAFA kerana dikhabarkan mendapat tawaran baru bermain dengan sebuah kelab di Thailand.
Zono memberitahu media, dia menyukai Sabah dan berharap suatu masa nanti akan berpelung lagi kembali ke sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan