Dr Jelani memotong riben sebagai tanda perasmian karnival itu sambil diperhatikan David dan Lokman.
KOTA KINABALU--Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Dr Jelani Hamdan berkata, program pembangunan bola sepak secara berterusan di peringkat akar umbi dapat membantu melahirkan ramai pemain berbakat di negeri ini.
Katanya, program pembangunan sedemikian boleh membantu memajukan sukan bola sepak.
"Kita perlukan program secara berterusan dari semasa ke semasa dan ia tentunya mampu mengetengahkan ramai bakat-bakat baharu," katanya ketika merasmikan Karnival bola sepak B12, B10 dan B8 TABS SAFA Bandaraya di padang TABS SUKMA di sini, kelmarin.
Aksi pemain B8 turut mendapat perhatian ibu bapa pelatih.Jelani yang juga Pengarah Sabah FC menyifatkan karnival bola sepak siri dua anjuran TABS SAFA Bandaraya sebagai program yang baik untuk mengetengahkan pemain-pemain muda yang berbakat.
Menurutnya, melalui karnival sedemikian, pelatih-pelatih khususnya kanak-kanak dapat dikenal pasti bakat mereka untuk diberi bimbingan berterusan dalam sukan berkenaan.
"Ini kali kedua saya merasmikan karnival seumpama ini dan program ini sebenarnya sangat baik untuk pelatih-pelatih mendapat pendedahan," ujarnya.
Beliau juga menjelaskan bahawa Sabah FC sendiri berkolaborasi dengan TABS melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dalam aspek program pembangunan bola sepak.
Dr Jelani ditemuramah RTM mengenai dengan program karnival itu."Melalui kolaborasi ini, di pihak Sabah FC akan sentiasa meneliti perkembangan dan keperluan yang wajar diberikan dari semasa ke semasa kepada TABS untuk menjayakan kerjasama tersebut," tambahnya.
Jelani juga berkata, sambutan memberangsangkan pemain terhadap karnival tersebut mungkin kerana ketiadaan aktiviti bola sepak diadakan dalam tempoh dua tahun lepas.
"Ini masa yang sesuai untuk mereka kembali aktif dalam program dan aktiviti bola sepak selepas terjejas akibat pandemik Covid-19 sebelum ini," katanya.
Turut hadir pada karnival itu ialah Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom, timbalan pengerusi TABS Bandaraya, Lokman Sunggim, legenda bola sepak negara, Datuk James Wong dan Datuk Hassan Sani, Setiausaha SAFA Bandaraya Kota KInabalu, Juraidah Datuk Abdul Rahim, naib pengerusi TABS, S.A Ramlye dan setiausaha TABS, Amsir Abdullah.
Lokman (enam dari kanan) bersama sebahagian ahli jawatankuasa penganjur dan beberapa ahli jawatankuasa TABS Bandaraya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan