Kalumpang gergasi ini menarik perhatian Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Haji Ukin kerana mungkin ia mengimbau nostalgia zaman kanak-kanaknya yang biasa melihat kalumpang digunakan suku kaum Bisaya sebagai tempat membuat sago atau ambuyat.
Memang amat jarang kita menemui kalumpang besar seperti ini, lebih-lebih lagi pada masa sekarang yang mana kebanyakan orang lebih gemar menggunakan basin bagi tujuan membuat sago.
Pada masa lalu, selain masyarakat Bisaya di Beaufort dan Klias menggunakan kalumpang sebagai tempat membuat sago, suku kaum Kadazandusun Tatana di Kuala Penyu juga menggunakan peralatan yang sama.
Sago atau ambuyat adalah sejenis bahan makan harian yang diperbuat dari tepung sago dan dicampurkan air panas di dalam kalumpang atau basin dan hingga sekarang masih popular dan diminati ramai di beberapa tempat di Sabah seperti di Beaufort, Kuala Penyu, Membakut dan Papar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan