Pasukan SK Likas (jersi kuning) berkongsi mata dengan SMK Likas selepas
mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan Liga Bolasepak Remaja Kota
Kinabalu Bawah 13 Tahun di padang Sukma, Kota Kinabalu pada Sabtu.
Walaupun ibarat pasukan
adik beradik, SK Likas sentiasa memberi saingan kuat sepanjang permainan
manakala SMK Likas pula tidak memandang rendah cabaran yang diberikan pasukan
lawan.
SMK Likas bagaimanapun
berjaya mendahului SK Likas pada separuh masa pertama sebaik sahaja pasukan itu
dihadiahkan sepakan percuma di luar kawasan kotak penalti. Sepakan itu
disempurnakan oleh Mohd Safwan Ismail menewaskan penjaga gawang lawan yang
tidak mampu menjangkau bola tersebut yang terlalu tinggi baginya.
Namun begitu SK Likas
bukan mudah untuk mengaku kalah dengan pasukan SMK Likas yang dianggap abang
itu dan hasil kesungguhan dan semangat melawan yang padu membolehkan mereka
dapat menyamakan kedudukan di separuh masa kedua.
Gol itu diperoleh hasil
rembatan Wan Anas dan ia sekali gus memastikan rekod tanpa kalah tidak mampu
dirobek oleh pasukan yang lebih senior daripada mereka.
Malah pasukan sekolah
rendah itu hampir-hampir mengecewakan SMK Likas hasil beberapa serangan balas
selepas itu namun tidak dapat disudahi dengan berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan