Kelihatan Aminah (kanan) bersama seorang anggota parlimen wanita.
KUALA LUMPUR--Anggota Parlimen P.177 Beaufort yang baharu, Datuk Hajjah Siti Aminah Aching menghadiri sesi taklimat khas di Bangunan Parlimen di sini, kelmarin.
Taklimat khas itu untuk semua anggota parlimen diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 baru-baru ini.
"Alhamdulillah seawal jam 8.00 pagi saya tiba di Bangunan Parlimen untuk menghadiri taklimat khas untuk semua anggota parlimen," katanya dalam satu hantaran di akaun facebook peribadinya.
Aminah ketika di Bangunan Parlimen.Aminah yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort memperoleh 10,570 undi memenangi kawasan berkenaan dengan majoriti 2,518 undi atas tiket Barisan Nasional (BN) mengalahkan lima calon lain dalam PRU-15 pada 19 November lepas.
Dengan kemenangannya itu membolehkan BN mempertahankan semula kerusi kawasan tersebut, yang sebelum ini dimenangi Datuk Hajjah Azizah Mohd Dun pada PRU-14 yang kemudian berpindah parti kepada Parti Pribumi Besatu Malaysia (Bersatu).
Aminah juga merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Beaufort dan Ketua Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan