Lajim menyampaikan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua yang menyambut perayaan itu.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah bersikap pilih kasih, memonopoli kuasa, kejam serta bertindak tidak adil kepada rakyat sebagaimana didakwa pembangkang.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, sebaliknya kerajaan begitu ikhlas dan jujur serta konsisten dalam membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat tanpa mengira perbezaan latar belakang kaum, agama dan fahaman politik.
Kerana itu, Ahli Perlimen Beaufort itu berharap rakyat dapat menilai dengan baik siapa yang menjalankan tanggungjawab dengan jujur tanpa prejudis dan siapa pula yang hanya pandai menabur janji di samping melemparkan pelbagai tuduhan.
"Semua rakyat tidak kira siapa mereka dilayan dengan adil dalam pelbagai aspek termasuk kebajikan, sosial dan pendidikan. Kita juga bukan sebuah kerajaan yang rakus dan tidak saksama. Kuasa yang ada kita kongsi secara adil dan semua kaum mempunyai wakil mereka dalam kerajaan” katanya semasa ditemui selepas mengagih-agihkan kad ucapan Tahun baru Cina dan Ang Pow kepada golongan peniaga Tionghua di pekan Kuala Penyu.
Sebelum ini, beliau bersama rombongan yang disertai Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo ,Timbalan Ketua Umno bahagian, Isnin Haji Aliasnih, Ketua Pergerakan Pemuda, Haji Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Ketua Puteri Saridah Datuk Mohd. Dun turut mengagih-agihkan kad ucapan tahun baru dan ang pow kepada golongan masyarakat peniaga Tionghua di pekan Menumbok.
Lajim menambah walaupun hak orang Melayu dan Islam itu kebal dalam Perlembagaan, kerajaan tetap memberi pengiktirafan kepada agama dan budaya kaum lain dengan memberikan kebebasan untuk mereka merayakan sambutan perayaan seperti tahun baru cina, krismas dan deepevali tanpa sebarang sekatan
Mengulas perayaan Tahun Baru Cina yang bakal dirayakan oleh masyarakat Cina di negeri ini, timbalan menteri itu berharap ianya dapat disambut dalam suasana yang meriah dan harmoni dengan mengekalkan budaya kunjung mengunjung sebagai amalan murni selaras dengan Gagasan 1 Malaysia. (JAW).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan