Lokman (dua dari kanan) bersama Limus (tengah) dan penyokong-penyokong BN.
KUALA PENYU: Naib Ketua
Bahagian 1 Upko Beaufort, Lokman Sunggim yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat
mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kuala Penyu pada
pilihan raya umum negeri ke-13 ini.
Katanya, ini berdasarkan
semangat tinggi di kalangan parti-parti komponen BN untuk memenangkan calon
muka baru, Limus Jury.
"Kita dapati
kerjasama dan semangat yang ditunjukkan para penyokong parti komponen BN sangat
tinggi malah situasinya mengatasi apa yang berlaku sebelum ini. Sudah
tentu ini satu petanda baik bagi BN untuk memenangi semula kerusi ini dengan
majoriti yang lebih baik," katanya ketika diminta pandangannya mengenai
peluang BN di kerusi kawasan berkenaan.
Lokman yang juga anggota
jawatankuasa BN Bahagian Beaufort, berkata pemimpin dan penyokong parti-parti
komponen seperti Umno dan Parti Bersatu Sabah (PBS) selain dalam Upko sendiri mempunyai hubungan yang sangat baik dan ini membolehkan BN tidak menghadapi masalah untuk
mempertahankan kerusi DUN Kuala Penyu.
Katanya, kebijaksanaan
pucuk pimpinan BN untuk menampilkan calon muka baru menyegarkan semula suasana
politik di kawasan ini yang sememangnya sangat diharap-harapkan oleh rakyat.
"Secara peribadi
saya yakin pencalonan Limus Jury berupaya mengubah lanskap politik di kawasan
Kuala Penyu. Keadaan ini akan menambah semangat para pengundi untuk memenangkan
BN," tegasnya.
Beliau menambah calon BN
itu bukan sahaja seorang yang positif tetapi beliau seorang yang
berpandangan jauh dan kawasan Kuala Penyu amat memerlukan wakil rakyat yang
mempunyai elemen seperti itu supaya potensi daerah ini dapat dimanfaatkan
sepenuhnya.
Justeru, katanya,
pengundi Kuala Penyu perlu memberi sokongan padu kepada calon BN itu supaya
kawasan ini terus dapat dimajukan seiring kawasan-kawasan lain di Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan