Bung Moktar turut serta melapah daging lembu semasa majlis itu.
KINABATANGAN--Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menyumbangkan 29 ekor lembu untuk kawasan Parlimen Kinabatangan pada sambutan Hari Raya Aidiladha pada Ahad lepas.
Dari jumlah itu, lapan ekor disumbangkan kepada enam Pusat Daerah Mengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan dua ekor untuk UPPM Lamag serta Sekolah Rendah Kota Kinabatangan dan Taskin Bukit Garam.
Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya dan Anggota Parlimen Kinabatangan turut turun padangmenyaksikan majlis penyembelihan dan penyerahan daging korban kepada penerima di beberapa lokasi termasuk di Masjid Kampung Perpaduan Batu Putih dan Kampung Batu 3 Bukit Garam.
Bung Moktar bersama Jafry memerhati penduduk kampung melakukan kerja-kerja melapah daging lembu di Masjid Kg Perpaduan Batu Putih, Kinabatangan.Turut sama pada majlis itu ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin yang juga ADUN Sukau dan pemimpin masyarakat tempatan.
Bung Moktar yang juga ADUN Lamag ketika ditemui di sini, berkata adiladha dan korban lembu mempunyai sejarah dan signifikan kepada umat Islam.
Katanya, bagi umat Islam pengorbanan yang dilakukan bermakna membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Beliau berharap walaupun sambutan aidiladha ini secara sederhana namun yang penting dapat menghayati nilai-nilai pengorbanan umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan