Dayyan (lima kiri barisan depan) bersama pasukan Croatia di Piala Dunia.
KOTA KINABALU--Seorang kanak-kanak, Ahmad Qayyim Dayyan Ahmad Syukri, 10 dari Sabah dan bersekolah di Qatar terpilih menjadi salah seorang pengiring pemain pasukan Croatia dalam perlawanan menentang Kanada di Piala Dunia di Qatar, kelmarin.
Dayyan adalah anak kedua pasangan Ahmad Syukri Mustakim, 39 dan Suzriana Wahimin, 39 berasal dari Likas, Kota Kinabalu.
Ketika ini Dayyan belajar di Middle East International School Qatar dan sememangnya meminati sukan bola sepak dan juga sedang mengikuti aktiviti bola sepak di sekolahnya di sana.
DAYYAN...meminati sukan bola sepak.Ayahnya, Ahmad Syukri, seorang jurutera kebetulan bertugas sebagai pengurus projek di Ashgal di Qatar.
Ibu Dayyan, Suzriana Wahimin dalam hantarannya di akaun facebooknya menyifatkan sebagai pengalaman berharga apabila anaknya itu menjadi salah seorang "player escort" untuk pasukan Croatia, mengiring pemain Marcelo Brozovic semalam.
"Semua excited tunggu tengok Dayyan. We love you adik," katanya.
Dayyan bersama ibu bapa, abangnya Danish dan adiknya Darwish berhampiran sebuah stadium untuk Piala Dunia di Qatar.Suzriana yang dikenali dengan panggilan Nana sahaja menambah, ini peluang sekali dalam hidup, alhamdulillah.
Sementara itu, atuk Dayyan, Wahimin Jati yang menetap di Kampung Likas ketika dihubungi melahirkan rasa gembira dan bangga dengan penampilan cucunya walaupun sebagai pengiring pemain di Piala Dunia.
"Budak ini memang meminati bola sepak, saya berharap pendedahan sebegini mampu meningkatkan semangatnya untuk mengembangkan lagi bakat dalam bola sepak pada masa akan datang," katanya.
Menurutnya, secara kebetulan juga Dayyan pada masa ini sedang mengikuti program bola sepak di Qatar.
WAHIMIN...bangga melihat cucunya di kaca TV iring pemain pasukan Piala Dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan