KOTA KINABALU: Seorang warga emas yang menumpang teduh di sebuah stor berhampiran tepi sungai di Kampung Rampayan, Menggatal mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah.
Chua Teck Beng, 69, dalam keadaan sakit tinggal di stor berkenaan dan hanya mendapat ehsan daripada jiran.
Pengarah
YADIM Sabah, Haji Samin Ongki bersama Mufti Negeri, Datuk Bungsu Aziz
Jaafar menziarahi Chua pada Sabtu dan menyerahkan sebuah kerusi roda dan
bakul makanan.
Menurut
Samin, pihaknya menerima maklumat mengenai warga emas itu bahawa ia sangat
memerlukan bantuan terutama kerusi roda dan barangan makanan.
Difahamkan
Chua mempunyai empat anak namun kesemuanya tidak dapat
dihubungi selepas dipercayai berpindah ke Sarawak dan Kuala Lumpur.Samin menyampaikan sumbangan bakul makanan dan kerusi roda kepada warga emas itu.
Pengarah
YADIM itu berkata, pihaknya mencadangkan supaya warga emas itu dihantar
ke Rumah Orang Tua Sri Prichard dalam masa terdekat.
"Saya telah pun mengambil datanya (Chua) dan akan menghubungi Jabatan Kebajikan untuk tindakan lanjut," katanya.
Samin
berkata, keadaan Chua yang sedang sakit tidak sesuai tinggal di stor
berkenaan dan ia perlu dihantar ke Rumah Orang Tua supaya mendapat
penjagaan yang lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan