Isnin, 1 Mac 2021

JELIUS DILANTIK PEGAWAI PENASIHAT TEKNIKAL SAFA

Azman menyampaikan surat pelantikan kepada Jelius. Turut kelihatan Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom dan Ahli Majlis Tertinggi SAFA, Mustapha Tuah.

KOTA KINABALU: Jurulatih Jelius Ating telah dilantik sebagai Pegawai Penasihat Teknikal Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) yang baharu.

Selepas pengundurannya dalam kejurulatihan Sabah FC akhir tahun lalu, tidak banyak diketahui tentang nasib jurulatih itu.

Bagaimanapun mengambil kira pengalamannya, SAFA memutuskan untuk melantik Jelius ke jawatan baharu itu.

Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar menyerahkan surat pelantikan kepada Jelius di pejabat persatuan itu, kelmarin.

Menurut Azman, pelantikan itu bersesuaian dengan pengalaman yang dimiliki jurulatih tersebut dan berharap ia dapat melaksanakan tanggungjawab baharu itu dengan berkesan.

Jelius diberi peranan baharu.

Jelius merupakan jurulatih pasukan yang berjaya menjuarai Liga Perdana pada musim 2019 bagi membolehkan Sabah naik ke saingan Liga Super musim lalu.

Pasukan Sabah yang kemudian dikenali sebagai kelab Sabah FC berikutan memenuhi peraturan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih meneruskan persaingan dalam Liga Super musim ini, di bawah kendalian ketua jurulatih dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto.

Sebelum menjadi jurulatih skuad Liga Perdana Sabah dan penolong jurulatih skuad Liga Super musim lalu, Jelius pernah melatih skuad Piala Belia Sabah sebelum ini.

Syabas dan tahniah kepada coach Jelius. Semoga terus maju jaya.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan