Bung Moktar menunjukkan jersi yang digunakan Sabah FC.
Sabah FC yang akan melayan kunjungan PJ City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas Sabtu ini mempunyai peluang untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri.
Berikutan itu, Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap pemain-pemain supaya menggunakan kelebihan itu sebaik mungkin.
Katanya, selepas mengalami kekalahan 0-2 kepada KDA FC di tempat lawan, giliran Sabah FC untuk memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk mengutip mata.
"Pasukan kita perlu bangkit dan menggunakan peluang itu untuk mendapatkan mata," katanya di sini hari ini.
Timbalan Ketua Menteri itu berkata pemain-pemain seharusnya menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri dan melupakan kekalahan dengan pasukan KDA FC.
"Lupakan kekalahan itu dan jangan lemah semangat menghadapi lawan,".
"Perbaiki bahagian yang ada kelemahan dan terus berusaha untuk memburu kemenangan. Bermain di gelanggang sendiri memberi kelebihan kepada pasukan kita," kata beliau.
Sabah FC ketika ini mengutip satu mata hasil keputusan seri 1-1 dengan pasukan Melaka United selepas mengharungi dua perlawanan.
Perlawanan ketiga di halaman sendiri di samping beberapa pemain import yang besar kemungkinan dapat diturunkan dalam perlawanan Sabtu ini sudah tentu memberi advantage kepada Sabah FC.
Bagaimanapun ia bergantung dengan semangat juang dalam kalangan pemain-pemain tuan rumah untuk menggunakan peluang yang ada sepenuhnya.
Bung Moktar menerima jersi daripada Pengurus pasukan Sabah FC, Marzuki Nasir.Sementara itu, Bung Moktar juga mahu peminat-peminat bolasepak di negeri ini membantu pasukan dengan membeli merchandise sebagai tanda sokongan kepada kelab Sabah FC.
Menurut beliau, pastikan supaya membeli yang asli dan bukan tiruan.
"Bantu pasukan Sabah FC untuk mencapai kejayaan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan