KOTA KINABALU--Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor (gambar) dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berpendapat mengenai kewajaran untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) mengadakan persidangannya pada bila-bila masa.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan, berkata, sekiranya situasi mengizinkan, persidangan DUN akan diadakan pada bila-bila masa.
Menurut beliau, pihaknya akan meminta nasihat dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu untuk membolehkan sidang DUN dapat diadakan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur opersi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ketua Menteri berkata, beliau sudah berbincang dengan Speaker DUN, Datuk Kadzim Yahya susulan kenyataan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.
BUNG MOKTAR...setuju sidang DUN diadakan.Sementara itu, Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya menyatakan persetujuan agar persidangan DUN dibuka semula sejajar dengan titah Seri Paduka Baginda itu.
Katanya, beliau bersetuju supaya sidang DUN diadakan bagi memberi peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat berbincang dan membahas pelbagai isu terutama berkaitan usaha untuk menangani penularan Covid-19 di negeri ini.
Bagaimanapun, tambahnya, ia perlu dilaksanakan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan kerajaan.
Beliau yang juga Ketua Umno Sabah berkata, kerajaan GRS sentiasa mengalu-alukan pandangan pelbagai pihak termasuk pembangkang dalam suaaha mendepani cabaran Covid-19 dan isu-isu lain termasuk ekonomi, pembangunan dan kesejateraan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan