Selasa, 1 Jun 2021

MAYA DINOBAT UNDUK NGADAU KAAMATAN 2021

Peserta mewakili DUN Api-Api, Maya Hejnowska, 21, (gambar) dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2021 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang, kelmarin.

Maya, anak seorang wartawan, Jenne Lajiun memenangi hadiah utama berjumlah RM66,830 termasuk wang tunai RM15,000 dan biasiswa.

Gadis kacukan Kadazandusun - Poland ini akan menjadi duta untuk Sabah bagi produk-produk di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian.

Maya, pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) memberitahu, apabila layak ke pertandingan akhir, dia sedar saingan kuat daripada para peserta namun dia mahu melakukan yang terbaik buat dirinya.

"Saya berusaha memberikan segala-galanya," katanya sebelum bersaing ke peringkat akhir.

Naib johan dimenangi Dianarin Vahidin yang mewakili Paginatan.

Selepas menamatkan latihan dalam sektor pertanian, Dianarin bertugas di kampung halamannya dengan sebuah syarikat pembinaan jalan raya.

Dia menerima hadiah sebanyak RM45,280.

Manakala tempat ketiga dimenangi peserta mewakili Kundasang, Febby Angelica Richard yang membawa pulang hadiah berjumlah RM32,980.

Pemenang tempat keempat dan kelima, masing-masing dimenangi LIsa Christie dari Tulid dan Avril Elvira dari Tg Keramat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan