Kerajaan negeri melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok (Selasa) dengan membenarkan beberapa aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi semula.
Ia termasuk memberi kebenaran makan di restoran, kedai makan dan restoran hotel selain pembukaan gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor (gambar) dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata, aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, berbasikal, golf dan memancing turut dibenarkan.
Katanya, bagi aktiviti pembuatan dan perkilangan, ia akan diperluaskan kepada industri getah, simen, cat, kilang berasaskan kayu dan perabot.
Bagaimanpun menurut Ketua Menteri, kerajaan akan mengekalkan sebahagian besar Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP 3.0.
Perincian SOP bagi Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat, katanya.
PPN fasa pertama itu sebagai lanjutan dua minggu lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan