Selasa, 29 Disember 2020

BANGUNAN BERSEJARAH DITEMUI DI KUNAK?

Salah satu bangunan itu dipercayai sebagai tempat penyimpanan senjata api dan bahan letupan di era penjajah ditemui di Kunak.

Dua bangunan konkrit dipercayai digunakan sebagai setor penyimpanan senjata api dan bahan letupan di era penjajah ditemui kira-kira 15 kilometer dari pekan Kunak di sini, baru-baru ini.

Bangunan berkenaan yang berkeluasan 2x2 meter dan 3x3 meter terletak di Jalan Tun Fuad berhampiran Kg Airport, Batu 10.

"Sama ada bangunan tersebut dibina di era penjajahan British atau ketika pendudukan Jepun, para ahli sejarah atau universiti di Sabah yang mempunyai minat melakukan kajian mungkin boleh berbuat demikian," menurut seorang penduduk yang membuat penemuan itu.

Sebuah akhbar tempatan, Daily Express dalam laporannya menyebut bahawa bangunan bersejarah itu telah diseliputi belukar dan salah sebuah bangunan itu juga mempunyai besi penghalang yang sudah berkarat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan