Ahad, 27 Disember 2020

MENJAYAKAN AKTIVITI KELUARGA DI MUSIM CUTI

Mengabadikan kenangan selepas menjayakan aktiviti di musim cuti.

Musim cuti atau hujung minggu merupakan saat paling dinantikan setiap keluarga untuk bersama, mengisi masa terluang dengan pelbagai aktiviti menarik, menyeronokan dan sentiasa mengujakan di lokasi yang menjadi impian mereka.

Suasana sedemikian juga menjadi elemen untuk meningkatkan rasa kasih sayang dan mengeratkan lagi siratulrahim dalam keluarga.

Keluarga kami juga tidak ketinggalan sama. Anak-anak yang sudah berkeluarga dan yang masih bujang menggunakan musim cuti untuk berkumpul, berlibur sambil mengimbau kenangan manis ketika mereka masih kanak-kanak lagi.

Sekarang anak-anak merekalah yang meneruskan nostalgia itu, mengimbas semula kenangan lama yang pernah dilalui bersama ibu bapa.

Saya dan isteri hanyalah orang di sebalik tadbir mereka untuk menjayakan aktiviti musim cuti yang mereka rancang dan jalankan.

Anak keempat kami, Nurul Syafiqah, seorang ustazah dibantu abang-abang dan adik-adiknya mengambil insiatif merealisasikan aktiviti musim cuti yang santai dan sudah tentu sangat menggembirakan dan meninggalkan kenangan manis kepada anak-anak mereka.

Apa tidaknya, kesempatan untuk berenang dan mandi-manda, bermain pasir, berkayak, kejar mengejar di taman permainan, membuat kek bersama chef berpengalaman, bermain bola dan sebagainya antara aktiviti mengujakan mereka.

Bagi sesetengah mereka yang sentiasa dipenuhi kesibukan kerja, saat seperti inilah yang mampu menghilangkan rasa penat mereka seketika.

Mudah-mudahan dengan ketenangan jiwa dan rehat yang mencukupi membolehkan setiap keluarga mampu mewujudkan suasana kehidupan yang dinamik dan membahagiakan. InsyaAllah.

 
Bergambar di kawasan lapang untuk aktiviti sukan bolasepak di Shangrila Tanjung Aru Resort and Spa.
  Santai-santai saja.
                                        
  Aktiviti berkayak.
Bermain pasir.
Di lokasi ini kanak-kanak boleh bermain pasir dan di hadapan untuk aktiviti berkayak.
Menemani kanak-kanak yang menyertai aktiviti yang diadakan.
Aktiviti bersama chef. 
 Aktiviti santai.
Dua-dua mesti dukung, Zayd (kiri) tidak mahu hanya sepupunya, Aidan saja diberi layanan begitu.
Ibu bersama anak-anak perempuannya.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan