Seorang usahawan, Firdaus Akbar Khan (gambar) dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC yang baharu menggantikan Dato Verdon Bahanda yang meletak jawatan dari kelab itu, awal bulan lepas.
Serentak itu, bekas jurulatih skuad Liga Super Sabah musim lepas, Kurniawan Dwi Yulianto turut dilantik semula sebagai ketua jurulatih Sabah FC yang baharu.
Manakala Ahmad Marzuki Nasir dilantik sebagai pengurus pasukan kelab tersebut.
Perkara itu diumumkan oleh Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat badan bolasepak itu di sini, hari ini.
Bung Moktar bersama Setiausaha Agung SAFA, Benedict Asmat.Beliau berkata, jurulatih Burhan Ajui akan menjadi penolong jurulatih Sabah FC musim ini.
Menurutnya, Firdaus sudah pun memulakan tugasnya dan akan memastikan pengurusan kelab tersebut berjalan dengan baik.
Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, memberitahu ketua jurulatih yang akan tiba di Kota Kinabalu pada Rabu ini akan melakukan pemilihan pemain-pemain sehingga pertengahan bulan ini.
"Mereka yang berjaya akan menandatangi kontrak dengan kelab selepas pemilihan itu nanti," katanya.
Kurniawan kembali bimbing Sabah FC.Beliau berharap Sabah FC akan dapat melakukan persiapan lebih rapi dalam menghadapi saingan Liga Super musim ini.
"Kita mahu melihat kelab ini mampu mempamerkan prestasi terbaik dan berupaya bersaing dengan pasukan-pasukan lain," tegasnya.
Pemangku Presiden SAFA itu juga memberitahu majlis untuk memperkenalkan pemain-pemain dan pelancaran jersi pasukan akan diadakan di Kota Kinabalu pada 14 Februari.
Katanya, majlis itu akan disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan