Ketua jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto tiba di Kota Kinabalu pagi ini dan memulakan ujian pemilihan pemain untuk diserapkan dalam pasukan Sabah FC di Stadium Likas di sini, petang tadi.
Jurulatih dari Indonesia yang menetap di Kuching itu sepatutnya tiba Isnin lepas namun tiada penerbangan ke Kota Kinabalu pada hari tersebut.
Ia menyebabkan jadual ketibaannya terpaksa ditangguhkan pada hari ini.
Ketika ditemui di sini, Kurniawan berkata, pihaknya akan menjalankan ujian pemilihan itu dalam masa beberapa hari untuk menentukan skuad terakhirnya.
Katanya, pemilihan yang bermula hari ini akan mengambil masa beberapa hari.
"Selepas itu senarai terakhir pemain yang terpilih baru dapat kita putuskan untuk meneruskan latihan pasukan," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Firdaus Akbar Khan dan Pengurus pasukan, Ahmad Marzuki Nasir turut menyaksikan ujian pemilihan itu.
Terdahulu, hadir sama di Stadium Likas ialah Timbalan Presiden SAFA, Datuk Juil Nuatim, Naib Presiden, Datuk James Wong, Setiausaha Agung, Benedict Asmat, penolongnya, Azman Mastar dan Setiausaha Eksekutif, David Wisom.
Saingan Liga Super musim ini dijadualkan bermula pada 26 Februari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan