Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) mengumumkan pelantikan Johnny Dominicus dan Roslan Wasli masing-masing sebagai jurulatih pasukan Bawah 21 (B21) Sabah dan Bawah 19 (B19) bagi menghadapi pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia musim ini.
Pelantikan itu diumumkan Timbalan Presiden SAFA, Datuk Juil Nuatim.
Terdahulu, Pemangku Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin baru-baru ini telah melantik Juil sebagai Pengarah bagi pasukan B21 manakala Penolong Setiausaha Agung, Azman Mastar sebagai Pengarah pasukan B19.
Kedua-dua mereka akan bertanggunjawab untuk memantau pengurusan dan prestasi kedua-dua pasukan berkenaan musim ini.
Menurut Juil, Adzrien Harun dilantik sebagai penolong jurulatih B21 manakala Sudirman Garamah akan menjadi penolong jurulatih B19.
Ahmad Shuib Nasir dilantik sebagai Pengurus pasukan B21 dan penolongnya ialah Ruhaizul Ezan Rubin dan Burhanuddin Yahya.
Sementara itu, Mohd Khairul Nizaem dilantik sebagai Pengurus pasukan B19 dan penolongnya ialah Lokman Sunggim.
Timbalan Presiden SAFA itu berkata, jurulatih kedua-dua pasukan tersebut akan menentukan pemilihan pemain-pemain untuk pasukan masing-masing sementara menunggu kebenaran kerajaan untuk meneruskan latihan pusat di padang."Kita masih mempunyai masa panjang untuk melakukan persiapan memandangkan pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia akan bermula pada 2 Jun ini," katanya.
Bagaimanapun, tambah beliau, pemilihan pemain perlu disegerakan bagi membolehkan persiapan rapi dapat dilakukan.
Sebelum itu, Bung Moktar juga telah mengumumkan untuk menggunakan semula khidmat jurulatih dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto untuk mengendalikan kelab Sabah FC untuk menghadapi saingan Liga Super pada hujung Februari ini.
Katanya, Burhan Ajui juga dikekalkan sebagai penolong jurulatih Sabah FC.
Beliau juga menamakan Khairul Firdaus sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu kelab itu dan melantik Ahmad Marzuki sebagai pengurus pasukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan