Jumaat, 15 Januari 2021

JKR PERCEPATKAN PEMBAIKAN JALAN RAYA YANG ROSAK

Ir Ali Ahmad bersama pegawai-pegawainya meninjau keadaan jalan raya yang terputus menjejaskan perhubungan pengguna.

Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memulakan kerja-kerja pembaikan jalan yang mengalami kerosakan dan jambatan yang runtuh di Pitas susulan banjir yang melanda di daerah berkenaan beberapa hari lepas.

Pengarahnya, Ir Ali Ahmad Hamid, berkata kerja-kerja pembaikan akan dipercepatkan sesuai dengan keperluan arahan Perbendaharaan AP 55 di bawah peruntukan kecemasan bagi memastikan penduduk kampung yang terjejas tidak menghadapi masalah perhubungan.

"Kita telah melakukan lawatan bersama dengan jurutera daerah bagi meneliti kerosakan yang dialami."

"JKR akan membuat anggaran kos bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan tersebut dapat dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui selepas melawat lokasi kejadian.

Menurut beliau, ia termasuk membina semula jambatan di Sungai Paparoun Telaga yang telah runtuh menyebabkan jalan raya di situ terputus hubungan.

Beliau berkata, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya (JKR), Datuk Seri Bung Moktar yang ketika ini berada di Kuala Lumpur sudah dimaklumkan dan diberi laporan terperinci berhubung kerosakan jalan raya dan jambatan berkenaan.

"Menteri meminta JKR mengambil tindakan segera membaikpulih kerosakan jalan dan jambatan yang menjejaskan perhubungan orang ramai," katanya.

Antara jalan yang terputus dalam kejadian banjir itu ialah Jalan Suang Duyung-Layak di KM0.25 dan di KM4.25 terletak kira-kira 50 KM dari pekan Pitas.

Sebanyak 13 kampung yang memabbitkan kira-kir a4,000 penduduk termasuk sebuah klinik kesihatan di Kampung Telaga dan sekitar terputus perhubungan apabila jambatan runtuh dihanyutkan banjir.

Selain Pitas, daerah lain yang turut dilanda banjir ialah Kudat dan Membakut ekoran hujan lebat beberapa hari lepas.

Keadaan jambatan di Sungai Paparoun Telaga yang runtuh dan dihanyutkan banjir.

Sementara itu, Jawatankuasa Bencana Alam daerah Pitas mengambil insiatif untuk menghantar bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas khususnya di Kampung Telaga dan sekitarnya.

Pengerusinya yang juga Pegawai Daerah Pitas, Bakri Nanun, berkata penghantaran makanan itu menggunakan perkhidmatan helikopter Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Sabah mula dilakukan pada Jumaat.

Katanya, ia melibatkan empat lokasi pendaratan iaitu padang SK Liau, SK Malubang, SMK Telaga dan SK Maringgan,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan